Friday 27 January 2017

PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU

 DAN CARA MENGATASINYA


AHLI KUMPULAN:

1. Rabiatul Adaiwiyyah binti Md Ramlan (02DGU14F1047).
2. Nur Aslammiah binti Mohd Ariff (02DGU14F1117).
3. Nor Haidhatul Nabila binti Nordin (02DGU14F1041).
4. Nur Najlaa binti Abdullah (02DGU14F1035).
5. Nur Amira Binti Mohd Sa'aidi (02DGU14F1014)



PENGENALAN

                Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Golongan ini tidak mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pasa masa kini atau akan datang.

               Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atauu media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang bermasalah tetapi juga dalam keluarga yang berkerjaya.


PUNCA-PUNCA

                  Antara punca-punca yang menyebabkan keruntuhan akhlak ini berlaku ialah:
  • Kurangnya didikan agama dan nilai murni dalam kalangan remaja.
  • Kurangnya bimbingan dan perhatian ibu bapa.
  • Terpengaruh dengan rakann sebaya.
  • Ketidakprihatinan pihak institusi dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menangani masalah hiburan melampau dalam kalangan pelajar.
  • Terdedah dengan perkara-perkara yang membawa ke arahh yang melalaikan seperti muzik dan media sosial.
  • Kurangnya kempen kesedaran yang boleh meningkatkan jiwa dan rohani. 

KESAN-KESAN

Dalam kajian kami tiada kesan yang baik jika kita terlalu melampau dalam hiburan antaranya adalah.
  1. sikap pentingkan kemewahan.
  2. peningkatan kes jenayah.
  3. keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
  4. terapan nilai-nilai negati.
  5. mengagalkn usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
  6. golongan remaja dan belia semakin jauh dari pada nilai keagamaan.
  7. maruah keluarga tergadai.

CARA MENGATASI

  1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
  2.  Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.
  3. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran dan mengajak ke arah kebaikan dan positif.
  4. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak institusi perlu dipergiatkan dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
  5. Remaja seharusnya mendengar muzik dan menggunakan media sosial ke arah kebaikan.
  6. Media massa seharusnya mengiklankan kempen dan rancangan yang boleh menghidupkan jiwa dan rohani.      
 

PENUTUP

    Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah hiburan melampau dari terus berleluasa. Ibu bapa juga perlu memberikan penekanan dalam aspek keagamaan untuk mendidik anak-anak supaya tidak terus terjerumus dalam hiburan melampau.Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya agar anak-anak tidak terasa disisihkan.


RUJUKAN
  • Sumber internet
  • media sosial
  • https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=PUNCA-PUNCA+HIBURAN+MELAMPAU
  • http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pusat-hiburan-melampau-1.4230
  • http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-k-pop-kerajaan-lemah-pantau-hiburan-luar-1.351144
  • http://www.mymetropost.com/2017/01/39-dicekup-terlibat-motivasi-secara.html

LAMPIRAN

  1. Remaja bertudung dikecam kerana dipeluk oleh artis luar negara.
                        

       2. Aplikasi game yang bukan-bukan juga dpat mempengaruhi remaja ke arah yang tidak elok.
                      
                        

        3. Keratan akbar yang menunjukkan bunyi muzik hingga lima pagi

                               Laporan Sinar Harian pada 15 April lalu.
     
          4.  39 lelaki dicekup di pusat peranginan